Synergy Drive

Synergy Drive ialah sebuah syarikat di Malaysia yang ditubuhkan pada 2006. Syarikat ini merupakan hasil gabungan tiga konglomerat tempatan. Syarikat ini mengambil alih aset dan liabiliti Golden Hope Plantations Bhd, Kumpulan Guthrie Bhd dan Kumpulan Sime Darby Bhd. Dengan ini ia menjadi kumpulan perladangan senaraian awam terbesar di Bursa Malaysia dan dunia. Seterusnya Permodalan Nasional Berhad(PNB) menjadi pemegang saham tunggal terbesar dalam Synergy Drive. Pada 2007, PNB menguasai 39.4 % ekuiti Sime Darby, 64.7 % Guthrie dan 51.8 % dalam Golden Hope. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja akan menguasai lebih 10 % ekuiti Synergy Drive.